Wednesday, April 14, 2010

Kempen Kami Prihatin Utusan



Setelah hampir seminggu rasanye kempen Kami prihatin dijalankan Kami dari Pengurusan Suara Dari Tempayang menyokong tindakan Utusan mengadakan kempen ini. Ini bukan sahaja dapat membuka mata masyarakat bahawa seriusnya kes pembuangan bayi di malaysia. Tapi apa yang membuat aku pelik adalah baru sahaja beberapa hari kempen ini dijalankan, timbul sekali lagi satu kes pembuangan bayi di Sg. Choh.

Ini bukan sahaja mengemparkan kita malahan seluruh rakyat Malaysia. Aku dapat merasakan bagaimana perasaan seorang bayi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Harapan mereka untuk menjaga Ibu dan Bapa mereka musnah akibat perbuatan Ibu kandungnya sendiri.

Ada yang mengatakan bahawa mereka yang sedemikian layak dipanggil pembunuh dan aku setuju. Seperti kes yang berlaku di segamat, johor. sampai hati seorang ibu membunuh bayinya dengan menyumbat di dalam lubang tandas dengan cara paksaan sehingga tengkorak bayi tersebut pecah...

Adakah itu tidak cukup memeranjatkan kita????
Ada bayi yang putus anggota badan akibat di makan oleh binatang, Di buang seperti sampah, di tanam hidup-hidup....
Adakah mereka ini layak untuk menerima hukuman yang sedemikian????
Apa salah mereka????
Dimanakah silap mereka sehingga sanggup di bunuh????
Terfikirkah kamu wahai insan yang membuang dan membunuh bayi tersebut????
Sesungguhnya aku menganggap kamu yang membunuh bayi-bayi tersebut sebagai binatang


Bahkan binatang itu lebih bagus akalnya dari kamu...
kenal dimana anak mereka...
binatang tahu menjaga anak mereka......
inikan manusia yang di kurniakan akal dan fikiran....

tetapi sejak kebelakangan ini hampir setiap hari pasti akan ada kes pembuangan bayi di dada akhbar...
Jika kamu tidak suka tak apa, jangan di bunuh bayi kamu....
berikan kepada mereka yang mahu...
Sudahlah berdosa, kamu tambah dosa kamu lagi dengan membunuh.....
Itu bermakna kamu telah membunuh bakal seorang pemimpin negara.....

tidak terfikirkah kamu...
sebelum mengandung sedap.....
tunjal sana sini...
bila mengandung, cuba pulak untuk menggugurkan kandungan....
Bila bersalin kamu campak mereka seperti sampah...

Jika mereka boleh berkata-kata mereka pasti akan berkata " Kamu tak layak untuk melahirkan aku dan kamu juga tidak layak untuk hidup di muka bumi ini"....

Monday, March 15, 2010

Al-fatihah


seorang rakan karib yang sedia membantu....

Salam takziah kepada keluarga Siti Nurazliza Razali kerana telah kembali ke rahmatullah pada petang 10/3/2010. Beliau telah bertarung dengan penyakit SLE-Systemic Lupus Erythematosus.Dimana penyakit ini akan menukarkan antibody pesakit kepada virus yang boleh mengancam nyawa. Beliau seorang yang peramah, periang dan sangat suka berahsia. Kami dari pihak pengurusan SUara DAri TEmpayan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum. Semoga almarhum ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Saturday, February 27, 2010

TRIP TO AIR TERJUN SG BANTANG, BEKOK....

pada 27 Februari yang lalu.... sebanyak 20 orang telah menyertai konvoi berkereta anjuran kelab geckomark cawangan Kg. Lubuk Selumar (kat mane nih???) telah mengadakan konvoi ke air terjun tersebut... sebnyak 5 biji kereta-kereta sport jenama proton yang turut dilengkapi twin cam, adjustable cam pulley, block mivec bergearbox gsr, minifold banana costum telah menyertai aktiviti ini...(turbo charger sume)


Dari depan NOMBOR!!!! 7466(izat@aku), 9741 (capel@ tuan polis), xxxx (dayah),yyyy (apis@nutrigen), 3421(fick@mat kelubi....bkn kelubi yg kat jasin tu....)


beginilah keadaan didalam kereta mitsubishi fiore yang dipandu oleh dua orang pelumba rally kampung.......


14 remaja dan belia dari kampung itu telah mengikuti acara tersebut disamping terselitnye AWEKS2 mamat aka 'kaki spring' dari Poly Shah Alam turut serta memeriahkan aktiviti ini disamping menjadi pencuci n penerang mata bagi kami yang drive ini...


barisan pasukan pengaman.... time nak amik gambar ni aweks dlam kereta aku menjerit bukan kepalang... nak amik gambar je pown...hehehe



berjersi no 10, zai bermain di posisi midfielder bg pasukan bola perempuan malaysia... Jurulatih bagi pasukan tersebut adalah izat benitez....hahaha

Tujuan konvoi ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli bak kate orang, yang jauh kite rapat-rapatkan, yang rapat didekat-dekatkan,yang dekat.....tak tahu la.... Dan juga mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

Banyak juga acara yang dilangsungkan di tapak air terjun tersebut. Antaranya ialah terjunan gaya bebas dimana aku aka 'baju biru' adalah yang paling 'fames' sehinggakan mendapat sorakan yang paling kuat ketika itu.... walhal aku goyang nak terjun mase tu...(hehehe)...."terima kasih pada yang cabar aku soh terjun, kepada aweks2 UITM Segamat yang trut happening n sempat merakamkan detik-detik terinidah bersama..."

Antara yang mencuri tumpuan adalah acara makan paling banyak dimana dimenangi oleh cik dayah kite....(lauk satu tuppaware bleh abis.... pening2)...
antara yang lain ialah acara menanam tebu di pinggir bibir yang di menangi oleh cik hafis aka 'abang vitegen' dan juga cik capel aka 'tuan polis'.Usaha untuk memperbesarkan jajahan takluk itu telah berlangsung dengan jayanya sehinggakan ade yang tut.............(sensitivity individu... jangan tergoda bintang di awan kalau terbit di siang hari...)


askar-askar mengangkat bahan makanan untuk diberikan kepada mangsa2...


bagi acara tidur pula dimenangi oleh uncle penyu yang x tahu speciesnye.... Beliau juge bernasib baik kerana telah berjaya menjumpai seutas gelang kerana tersangkut di cengkerangnya.Murah sungguh nasib beliau kerana sebelum terjumpanya gelang tersebut beliau telah berusaha untuk mencari cicak koben' yang dikatakan memberikan alamat... Pada ekspedisi yang lalu, di air terjun gunung ledang beliau telah menemui dua ekor cicak koben' atau bahasa purbanya 'cicakus kobenguis ver. pen-nyu' iaitu maskot bagi pasukan rempit gecko mark segamat... kembali ke cerita... ketika perjalanan pulang, beliau telah menjumpai RM 100... tp kedekut nak cutting 2... taik hidung masin...


penyu aka kerbau balau......(kuat tdo gak ko ni ek)



aku dah cakap nyu jgn pndg blakang.... kan dah ade 2 penumpang asing....hehehe
ni member kepada mamat yg naik kereta lembu aku....



penuh memory card cam aku dgn gambar korang....

walaupun punggung ku ini masih lagi terasa sakit apebiler ditolak oleh seorang aweks yg bernama ika (klu x salahla...) kenapa aku yang dipersalahkan... sedangkan bukan aku yang menolak beliau turun ke gigi air.... aku berdiri di belakang bro nutrigen... adakah disebabkan aku ni bold, jd aku menjadi suspek utama. tp tak mengapa,aku akan cerita hingga abis episod ini... Bagi kategori mendayung kayu balak, juara telah dirangkul oleh azrul aka 'ustaz serong' setelah berjaya mendayung dengan kelajuan 85 knot...(laju tu....)kalah kapalcruiser MISC.... satu lagi


dua ekor monyet menyambut kedatangan kami....(hehehe... fick, ko marah aku x nak pasangkan fender lg...hahaha)


Aweks2 poly yang friendly.....(len kali bg no contact sekali ek....)




bawah: pejal, penyu, kelubi, mamat, syafiq.
berdiri: dayah, hafis, napi, atien, dll....


sampai hati korang soh aku pegang camera....
to the girls, dont afraid to come again....

profil pemilik suara dari tempayan

ALHAMDULILLAH....
syukur ke hadrat ilahi kerana dengan memberikan kesempatan untuk membuka blog yang ketiga selepas dua lagi dah malas nak maintenance....



NAME : Muhammad zulizzat bin Roslan
AGE : 22
D.O.B: 10/10/19.....
P.O.B: segamat G.H
WORK : managing director of PETEGUH AGRO AND TRADING
shareholder of SHARPADU GROUP