Wednesday, April 14, 2010

Kempen Kami Prihatin Utusan



Setelah hampir seminggu rasanye kempen Kami prihatin dijalankan Kami dari Pengurusan Suara Dari Tempayang menyokong tindakan Utusan mengadakan kempen ini. Ini bukan sahaja dapat membuka mata masyarakat bahawa seriusnya kes pembuangan bayi di malaysia. Tapi apa yang membuat aku pelik adalah baru sahaja beberapa hari kempen ini dijalankan, timbul sekali lagi satu kes pembuangan bayi di Sg. Choh.

Ini bukan sahaja mengemparkan kita malahan seluruh rakyat Malaysia. Aku dapat merasakan bagaimana perasaan seorang bayi yang tidak mampu berbuat apa-apa. Harapan mereka untuk menjaga Ibu dan Bapa mereka musnah akibat perbuatan Ibu kandungnya sendiri.

Ada yang mengatakan bahawa mereka yang sedemikian layak dipanggil pembunuh dan aku setuju. Seperti kes yang berlaku di segamat, johor. sampai hati seorang ibu membunuh bayinya dengan menyumbat di dalam lubang tandas dengan cara paksaan sehingga tengkorak bayi tersebut pecah...

Adakah itu tidak cukup memeranjatkan kita????
Ada bayi yang putus anggota badan akibat di makan oleh binatang, Di buang seperti sampah, di tanam hidup-hidup....
Adakah mereka ini layak untuk menerima hukuman yang sedemikian????
Apa salah mereka????
Dimanakah silap mereka sehingga sanggup di bunuh????
Terfikirkah kamu wahai insan yang membuang dan membunuh bayi tersebut????
Sesungguhnya aku menganggap kamu yang membunuh bayi-bayi tersebut sebagai binatang


Bahkan binatang itu lebih bagus akalnya dari kamu...
kenal dimana anak mereka...
binatang tahu menjaga anak mereka......
inikan manusia yang di kurniakan akal dan fikiran....

tetapi sejak kebelakangan ini hampir setiap hari pasti akan ada kes pembuangan bayi di dada akhbar...
Jika kamu tidak suka tak apa, jangan di bunuh bayi kamu....
berikan kepada mereka yang mahu...
Sudahlah berdosa, kamu tambah dosa kamu lagi dengan membunuh.....
Itu bermakna kamu telah membunuh bakal seorang pemimpin negara.....

tidak terfikirkah kamu...
sebelum mengandung sedap.....
tunjal sana sini...
bila mengandung, cuba pulak untuk menggugurkan kandungan....
Bila bersalin kamu campak mereka seperti sampah...

Jika mereka boleh berkata-kata mereka pasti akan berkata " Kamu tak layak untuk melahirkan aku dan kamu juga tidak layak untuk hidup di muka bumi ini"....

No comments:

Post a Comment